Home
Exco
Affiliate
History
News
Calendar 2008
Links
SUKMA 08
Contact Us
Polls
Olympic08:Azizulhasni sertai 3 acara
  
Announcement
 Berita BMX - 10 Julai 08
Read more...

Urusetia PKBM ( 29 Mei 2008 )

Read more...

 Events -June/July

Read more...
Jawatan Kosong

Read more...
Laporan Kejohanan
Read more...
Who's Online
We have 4 guests online


  • MNCF
  • MNCF
  • MNCF
  • MNCF
  • MNCF
  • MNCF
Latest News
Azizulhasni dihantui kecederaan lutut
Written by Administrator   
Jul 21, 2008 at 04:06 PM

Sumber : Utusan Malaysia

 

 



KUALA LUMPUR - Masalah yang paling dibimbangi akhirnya menjelma jua tanpa dapat dielak apabila pelumba Olimpik harapan negara, Azizulhasni Awang ditimpa kecederaan pertama ketika menjalani latihan di Valencia, Sepanyol.

Perkembangan terbaru yang pastinya meresahkan kem Olimpik negara itu hadir ketika tinggal 18 hari sahaja lagi temasya yang bakal berlangsung di Beijing tersebut bermula.

Pengurus pasukan basikal ke Olimpik, Abu Samah Wahab berkata, Azizulhasni menghadapi masalah kecederaan lutut yang kerap mengganggu kayuhannya sejak kebelakangan ini.

"Saya difahamkan oleh jurulatih, John Beasley bahawa Azizulhasni ditimpa kecederaan itu bukan kerana terjatuh atau terlibat dalam kemalangan.

"Sebaliknya lututnya cedera kerana menjalani latihan membina dan menguatkan otot. Saya tidak dimaklumkan serius mana kecederaan itu lagi.

"Tetapi John memberitahu ia sedikit menjejaskan kekuatan kayuhan dan henjutan Azizulhasni," katanya, semalam.

Berikutan kecederaan yang dialami itu kata Abu Samah, Azizulhasni hanya mampu menduduki tempat ketujuh dalam acara 200 meter pecut dalam satu kejohanan di Jerman, kelmarin.

Bagaimanapun ketika bergandingan dengan Josiah Ng dan Mohd. Rizal Tisin dalam acara pecut berpasukan, trio negara itu masih mampu menduduki tempat ketiga.

Paling memberangsangkan ialah keputusan yang dicatat Josiah apabila pelumba itu menjuarai acara keirin lelaki.

Manakala pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa turut menjuarai acara keirin wanita.

Kejohanan sehari di Jerman itu turut disertai pelumba-pelumba dari seluruh Eropah yang bakal beraksi di Beijing nanti.

Anuar sahkan status pakar pecut Asia
Written by Administrator   
Jul 21, 2008 at 03:59 PM

Sumber : Berita Harian



MANTAP: Anuar memecut ke garisan penamat tanpa halangan.

PELUMBA pasukan benua negara LeTua, Anuar Manan terus mengesahkan statusnya selaku antara pakar pecut terbaik Asia apabila mengetepikan pesaingnya pada perlumbaan peringkat kedua Kejohanan Piala TYT Melaka 2008, semalam.

Pada saingan sejauh 116 kilometer itu, Anuar mencipta 2 jam 50 minit 05 saat selepas melakukan henjutan terakhir dalam saingan beramai-ramai ke garisan penamat.

Read more...
Skuad lebuh raya dirombak
Written by Administrator   
Jul 18, 2008 at 02:29 PM

Sumber: Utusan Malaysia 18 Julai 08

KUALA LUMPUR - Skuad lebuh raya negara akan mengalami perubahan besar-besaran apabila 20 pelumba dan seorang jurulatih asing akan diletakkan di bawah satu program khas sukan teras.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab berkata, rombakan drastik itu bertujuan untuk meningkatkan pencapaian skuad lebuh raya sehebat skuad trek negara di peringkat antarabangsa.

Katanya, pencarian 20 pelumba itu akan bermula pada Jelajah Piala Gabenor Melaka hujung minggu ini diikuti Jelajah Negeri Sembilan dan Cabaran Pilah selepas itu.

"Jawatankuasa Pembangunan PKBM sendiri akan mengenalpasti pelumba-pelumba sebelum menyerahkan nama mereka kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk dipertimbangkan.

"Sejak diletakkan di bawah program sukan teras, kita tidak lagi hanya mengumpul tujuh pelumba sahaja tetapi 20 pelumba untuk latihan pusat.

"Mereka akan diletakkan di bawah bimbingan seorang jurulatih asing yang sedang kita kenal pasti ketika ini," katanya, semalam.

Menurutnya, nama dua jurulatih luar negara kini sudah berada dalam senarai PKBM untuk dinilai kewibawaan mereka.

"Jurulatih tersebut adalah Jolidon dari Switzerland dan Graeme Sears dari Australia. Mereka akan ditemu duga dalam tempoh terdekat ini," tambah Abu Samah.

Sementara itu, sembilan pasukan luar negara adalah antara 19 pasukan yang akan menyertai jelajah berbasikal Piala Gabenor Melaka yang dijadual berlangsung dari 19-20 Julai ini.

Sejak perlumbaan itu diperkenalkan beberapa tahun lalu, ini kali pertama ia mendapat penyertaan negara luar yang menyatakan minat untuk menghantar pasukan mereka.

Negara-negara itu ialah Iran (2), Uzbekistan, Qatar (2), Indonesia (2), Singapura, Thailand dan Brunei.

Perlumbaan dua hari itu turut disertai sembilan pasukan tempatan iaitu skuad negara, skuad PKBM, Melaka, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, Angkatan Tentera Malaysia dan kelab LeTua.

Cyclist Azizul will be Malaysia’s flag bearer at Olympic Games
Written by Administrator   
Jul 16, 2008 at 02:02 PM


KUALA LUMPUR: Cyclist Azizul Hasni Awang (pic) has been given the honour to be the flag bearer for the Malaysian contingent in the Beijing Olympics, which begin on Aug 8.

The 19-year-old from Dungun thus joins a select group of 12 athletes who were the flag bearers at the opening ceremonies since Malaysia made their debut in the Olympics in Melbourne in 1956.

The Olympic Council of Malaysia (OCM) president, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, who made the announcement after their monthly board meeting, said that Azizul had emerged as a rider to be reckoned with at the Asian level.


Read more...
Azizulhasni terpilih bawa Jalur Gemilang
Written by Administrator   
Jul 16, 2008 at 12:30 PM


Sumber : Berita Harian

PELUMBA basikal sensasi, Mohd Azizulhasni Awang diberi penghormatan mengetuai perarakan masuk kontinjen negara apabila diumumkan selaku pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan rasmi Sukan Olimpik XXIX Beijing, 8 Ogos ini.

Pemilihan Azizul, 20, diumumkan Presiden MOM, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar selepas mesyuarat Lembaga Eksekutif badan induk itu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong di Wisma MOM, semalam.

“Azizul dipilih berdasarkan kepada kejayaan cemerlangnya dalam beberapa kejohanan antarabangsa kebelakangan ini termasuk juara pada peringkat Asia,” kata Tunku Imran. “MOM berharap penghormatan ini akan menyuntik semangatnya untuk beraksi lebih cemerlang di Beijing.”

Rizal bawa khabar gembira
Written by Administrator   
Jul 10, 2008 at 10:23 AM


Sumber : Utusan Malaysia (10/07/08)

KUALA LUMPUR - Mohd. Rizal Tisin (gambar) membawa khabar gembira buat kontinjen Olimpik negara apabila mempamerkan peningkatan paling ketara dalam latihan di Valencia, Sepanyol ketika ini, lapor TAUFEK A. RAZAK.

Pengurus pasukan, Abu Samah Wahab berkata, perkhabaran itu dimaklumkan jurulatih negara, John Beasley yang menganggap prestasi semasa Rizal itu mampu memperkuatkan lagi cabaran Malaysia dalam acara pecut berpasukan di Beijing nanti.

"John begitu teruja dengan prestasi Rizal yang semakin baik dan banyak meningkat sejak menjalani latihan di Valencia mulai 29 Jun lalu.

"Ia jelas memberi keyakinan kepada John bahawa kita mampu memiliki gandingan pelumba yang lebih seimbang dari segi kekuatan," katanya.

Selain Rizal, trio pecut berpasukan Olimpik negara turut dianggotai Azizulhasni Awang dan Josiah Ng manakala Mohd. Ederus Yunus sebagai pelumba simpanan.

Last Updated ( Jul 10, 2008 at 10:31 AM )
Read more...
MNCF risau Azizul hebat sangat
Written by Administrator   
Jul 10, 2008 at 10:19 AM

 Sumber : Berita Harian 10/07/08




Badan induk tidak mahu Raja Keirin Asia ini memuncak terlalu awal

PRESTASI semasa yang amat memberangsangkan dicipta pelumba trek negara, Mohd Azizulhasni Awang (gambar) tampak merisaukan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) yang tidak mahu Raja Keirin Asia itu memuncak terlalu awal.

Ini berikutan pelumba berasal dari Terengganu berusia 20 tahun itu melalui musim terhebat apabila meraih pelbagai gelaran sama ada di peringkat Asia mahupun dunia selain memecahkan rekod Asia dan kebangsaan.

Last Updated ( Jul 10, 2008 at 10:29 AM )
Read more...
Josiah plans to get the job done with an Olympic medal
Written by Administrator   
Jul 10, 2008 at 10:26 AM

The Star -Thursday July 10, 2008

PETALING JAYA: One of his wishes for the year has been granted and track cyclist Josiah Ng now hopes to nail down the remaining ones in the Beijing Olympics next month.

Wedding bells will be ringing soon for Josiah, whose public relations manager Kim Ong has accepted his proposal for marriage while they were on vacation in London after the World Track Championships in Manchester on April 1.

Hard at work: Josiah Ng is setting his sights on a dream run in Beijing.

The wedding is likely to be held on June 27 next year. In the meantime, the 27-year-old will not lose sight of his goals in the Olympics.

Last Updated ( Jul 10, 2008 at 10:30 AM )
Read more...